blog

WordPress Versi 4.0 sudah keluar!

WordPress Versi 4.0 sudah keluar!

Screenshot_20

Sila semak dan upgrade WordPress kalian kepada versi terkini bagi mengelakkan website WordPress versi “lama” yang kalian digunakan akan mudah di “hack” oleh mereka – mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengalaman saya menguruskan perkhidmatan web hosting, boleh dikatakan 95% websites yang di “hack” seperti kena injek dengan malware, activiti spamming adalah berpunca daripada:

  1. Versi WordPress yang tidak dikemaskini.
  2. Menggunakan plugin WordPress yang sudah lama tidak dikemaskini.
  3. Menggunakan theme WordPress yang percuma yang dimuat turun dari sumber yang tidak dikenalpasti serta theme yang tidak dikemaskini kepada versi terkini.

Bagi penggemar platform WordPress, sentiasalah peka dengan versi terkini WordPress serta plugins dan themes yang digunakan. Pastikan “mereka” ini sentiasa dikemaskini kepada versi terbaru dan elakkan daripada menggunakan plugin atau theme yang terlalu lama tidak dikemaskini oleh pihak Developer.

Mengapa website WordPress mudah menjadi sasaran oleh golongan yang suka mengganggu ketenteraman website kita?

Tujuan utama mereka adalah untuk menggunakan kelebihan “server” atau “hosting” kita sebagai salah satu aktiviti pemasaran mereka seperti melakukan spamming, aktiviti phishing dan penipuan.

WordPress menjadi sasaran adalah kerana ia adalah merupakan platform yang sangat popular dan disebabkan oleh setiap kali versi terbaru WordPress dikemaskini, maka segala “kekurangan” versi lama akan dipaparkan pada change log WordPress.

Perkara ini amat memudahkan para “hacker jahat” mengambil kesempatan atas kekurangan tersebut terhadap website kita sekiranya kita tidak mengemaskini (upgrade) sistem WordPress kita kepada versi terbaru.

Jadi dengan itu, sentiasalah peka dan berwaspada apabila menggunakan WordPress.

Saya amat menggalakkan tuan / puan menggunakan plugin iThemes Security untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan website WordPress yang digunakan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Kredit kpd Saudara Amirol Zolkifli

LIKE Kami dan dapat update terkini

Copyright © 2014. Minisitelah!com

Web Jualan Dikendali Sepenuhnya Oleh Ematik Network (0332727-H)

27 Jalan Pakatan Jaya, Pakatan Jaya, 31150 Ulu Kinta, Perak. No H/P : 016-5573770 (Boon)

WordPress is a registered trademark of Automattic Inc.